awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Exco Selangor meninggal dunia

Bernama
Bernama
23/01/2024
11:29 MYT
Bapa Exco Selangor meninggal dunia
Allahyarham Ismail Zakaria meninggal dunia pada usia 81 tahun di kediamannya di Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
SHAH ALAM: Bapa Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Datuk Rizam Ismail meninggal dunia pagi tadi akibat angin ahmar dan beberapa komplikasi penyakit yang lain.
Menurut pegawai khas Rizam, Mujahid Mokhtar, Allahyarham Ismail Zakaria meninggal dunia pada usia 81 tahun di kediamannya di Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
Berita pemergian bapanya itu turut dikongsikan Rizam melalui hantaran Facebooknya.
"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang tercinta, Ustaz Haji Ismail bin Haji Zakaria telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi," katanya menerusi hantaran tersebut.
Beliau memaklumkan solat jenazah dan pengebumian akan disempurnakan pada 9 pagi esok di Masjid Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar.
"Saya dan keluarga amat berterima kasih kepada semua sahabat dan taulan atas kiriman ucapan takziah dan doa yang tidak putus-putus. Semoga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat, diampuni dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Exco Selangor
#bapa meninggal dunia
#Rizam Ismail
#Ismail Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan