awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa ikut jejak anak peluk Islam dengan bimbingan Ustaz Ebit Lew

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2019
05:04 MYT
Bapa ikut jejak anak peluk Islam dengan bimbingan Ustaz Ebit Lew
Inilah bapa kepada seorang gadis yang dibimbing Ustaz Ebit memeluk agama Islam di Lahad Datu, Sabah.
TIADA apa yang mampu dipanjatkan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew selain daripada kesyukuran kepada Allah apabila urusan dakwahnya sentiasa dipermudahkan.
Paling menyentuh emosi beliau ialah apabila ada pihak-pihak yang terdorong untuk memeluk agama Islam dan meminta bimbingan daripadanya.
Terbaharu, Ustaz Ebit menyatakan rasa syukur apabila seorang bapa terbuka hati untuk memeluk agama Islam kurang 24 jam selepas anak gadisnya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Suasana penuh emosi itu berlaku di Lahad Datu, Sabah beberapa hari lalu dan kenangan itu dikongsi pendakwah berkenaan di laman Instagram peribadinya.
Berdasarkan catatan Ustaz Ebit, lelaki berkenaan merupakan ayah kepada seorang gadis berbangsa Tionghua yang lebih awal memeluk Islam di majlis yang dikendalikannya.
"Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah esok harinya selepas anaknya malam tadi. Allahukabar.
"Saya tengok Mei yang saya Islam kan malam tadi hadir bersama keluarga dan semua urusetia dan imam masjid.
"Saya minta nak jumpa Mei sebelum balik KL. Sekali keluarganya cakap terima kaseh kerana bimbing anaknya dan cakap dia hormat pilihan anaknya memeluk Islam. Walau dia agama lain
"Berbual kasih sayang dan terangkan Islam ini. Ayahnya ingin memeluk Islam. Menangis adik ni. Doakan ibunya sangat baik.
"Banyak berkongsi pada kami masa tu betapa dia sayangkan anaknya dan sempitnya hidup dulu-dulu. Maknya kata dia InsyaAllah akan belajar Islam ini. Begitu juga beberapa anak yang lain dan saudaranya juga ada yang bertanya Islam ini. Ya Allah sebak rasa," tulis Ustaz Ebit lagi.
Dalam catatan yang sama, Ustaz Ebit berkata, Mei sudah mula mempelajari cara mengerjakan solat dan berhajat untuk menimba lebih banyak ilmu mengenai Islam.
Sehingga pukul 1 tengah hari Ahad, entri Ustaz Ebit itu telah mencatat lebih 234,000 tontonan selain mendapat perhatian lebih 200 pengikut pendakwah yang meninggalkan komen-komen positif.
View this post on Instagram
Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah esok harinya selepas anaknya malam tadi. Allahukabar. Saya tengok Mei yang saya Islam kan malam tadi hadir bersama keluarga dan semua urusetia dan imam masjid. Saya minta nak jumpa Mei sebelum balik kl. Sekali keluarganya cakap terima kaseh kerana bimbing anaknya dan cakap dia hormat pilihan anaknya memeluk Islam. Walau dia agama lain . Berbual kasih sayang dan terangkan Islam ini. Ayahnya ingin memeluk Islam. Menangis adik ni. Doakan ibunya sangat baik. Banyak berkongsi pada kami masa tu betapa dia sayangkan anaknya dan sempitnya hidup dulu-dulu. Maknya kata dia InsyaAllah akan belajar Islam ini. Begitu juga beberapa anak yang lain dan saudaranya juga ada yang bertanya Islam ini. Ya Allah sebak rasa. . Mei dah mula belajar solat dan tak sabar nak belajar banyak lagi. Sedih sebak rasa. Ya Allah terima kaseh. Terima kaseh imam dan ajk masjid. Terima kaseh kawan ayah Mei. Keluarganya dan guru-guru yang membantu-ebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Nov 15, 2019 at 1:16am PST
Topic Berkaitan
#agama islam
#Lahad Datu
#penceramah
#pendakwah
#Sabah
#Ustaz Ebit Lew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan