awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2021
01:39 MYT
Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori
Keadaan lori dan Hilux yang terbabit dalam kemalangan di KM 22 Jalan Lipis-Merapoh pada Rabu. - Foto ihsan Polis
LIPIS: Seorang bapa maut manakala anaknya cedera apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh dekat persimpangan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, Ng Kong Yuen, 40, beralamat Kampung Baru, Padang Tengku maut di tempat kejadian manakala anaknya, Ng Haw Hin, 5, mengalami kecederaan di badan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kemalangan membabitkan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori treler jenis Hino yang membawa muatan barangan projek.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa lori yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun itu ingin membelok ke susur masuk CSR sebelah kanan.
"Semasa memasuki susur tersebut datang Hilux tersebut dari arah bertentangan telah melanggar bahagian hadapan lori berkenaan.
"Akibat kemalangan, pemandu Hilux maut di tempat kejadian dan penumpang hanya mengalami luka di badan manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, siasatan awal telah dijalankan di tempat kejadian dan kenderaan terlibat akan dibawa untuk menjalani pemeriksaan di Puspakom.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis dan bedah siasat akan dijalankan selepas ujian swab Covid-19 diperoleh," jelasnya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#bapa maut
#anak cedera
#kereta bertembung lori
#Jalan Lipis-Merapoh
#Lebuh Raya Central Spine Road
#CSR
#Ng Kong Yuen
#Ng Haw Hin
#Azli Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan