awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2023
21:45 MYT
Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia
Pemergian Allahyarham Bakar turut dimaklumkan oleh KDA FC melalui hantaran di Facebook pada pagi Isnin. - Foto Sinar Harian
BAPA kepada pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar meninggal dunia di Hospital Alor Setar, di sini pada pagi Isnin.
Pemergian Bakar Ibrahim, 87 dimaklumkan oleh kelab tersebut di Facebook mereka kira-kira jam 10 pagi.
"Salam Takziah dari Ahli Lembaga Pengarah, warga KDA FC kepada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan seluruh ahli keluarga di atas berita pemergian ayahanda tercinta pagi ini di Hospital Alor Setar.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh," katanya.
Allahyarham yang berasal dari Jalan Lumpur, Kedah, difahamkan telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar kerana tidak sihat dan tidak selesa bernafas pada Rabu lalu.
Sumber KDA FC berkata, Bakar difahamkan demam selain didapati terdapat jangkitan kuman di paru-paru telah dimasukkan ke dalam wad sebelum dibenarkan keluar dua hari kemudian.
Walau bagaimanapun, kesihatan Allahyarham merosot sebelum dibawa semula ke Hospital Alor Setar pada pagi Isnin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Daud Bakar
#Kedah Darul Aman FC
#meninggal dunia
#bapa meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan