awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa rogol anak kandung dipenjara 30 tahun, enam sebatan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2023
03:57 MYT
Bapa rogol anak kandung dipenjara 30 tahun, enam sebatan
Tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah. - Gambar/ Sinar Harian
GUA MUSANG: Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas lima pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya dan memiliki video pornografi.
Tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.
Pada masa sama, tertuduh turut mengaku salah terhadap tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya ketika mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di daerah ini sejak Jun 2020.
Kali terakhir tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu pada 30 Mei lalu.
Tertuduh berdepan dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang mana masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara serta tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.
Bagi pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 292(B) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, tertuduh turut mengaku memiliki video lucah di dalam telefon bimbit jenis Realme dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dari tarikh tangkapan dibuat.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, masing-masing pertuduhan mengikut Seksyen 8 (A) dan 14 (D) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu, pada 4 Jun 2023, mangsa telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bertam, selepas tertuduh bertindak meraba mangsa pada 30 Mei lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol
#anak kandung
#bapa dipenjara
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan