awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah

Bapa rogol anak kandung sejak 10 tahun lalu ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2025
11:00 MYT
Bapa rogol anak kandung sejak 10 tahun lalu ditahan
Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang mendakwa suspek telah beberapa kali melakukan perbuatan itu dan kali terakhir dilakukan pada Jumaat minggu lalu. -Gambar hiasan
TELUK INTAN: Polis menahan seorang pekebun berusia 56 tahun selepas disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandungnya sejak 10 tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang pekebun berusia 56 tahun di Changkat Jong kerana disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandungnya sejak 10 tahun lalu.
  • Mangsa yang kini berusia 21 tahun melaporkan kejadian tersebut, mendakwa suspek sering mengugutnya agar tidak mendedahkan perbuatan tersebut.
  • Suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, dan mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki itu ditahan di Changkat Jong di sini pada Rabu selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Hilir Perak telah menahan suspek sekitar jam 1.45 petang.
"Suspek disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual dan serangan seksual terhadap anak kandungnya sendiri sejak mangsa berusia 11 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Menurut beliau, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang mendakwa suspek telah beberapa kali melakukan perbuatan itu dan kali terakhir dilakukan pada Jumaat minggu lalu.
"Mangsa kemudian melarikan diri dan tinggal di rumah rakannya sebelum dinasihati untuk membuat laporan bagi memastikan keselamatan dirinya terjamin.
"Mangsa mendakwa suspek yang juga duda sering mengugut agar tidak mendedahkan kejadian tersebut kepada sesiapa," katanya.
Ahmad Adnan berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.
Tambah beliau, suspek direman tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) iaitu kesalahan rogol. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sumbang mahram
#bapa rogol anak
#anak perempuan kandung
#Changkat Jong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.