MELAKA: Atlet yang mendapat julukan sebagai 'Bapa Sukan Bina Badan Negara' Datuk Gan Boon Leong, 84, meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi akibat lemah jantung.
Anaknya, Gan Tian Loo berkata mendiang bapanya yang sebelum itu dirawat di sebuah hospital di sini, telah dibenarkan pulang tengah hari semalam, dan ditempatkan di sebuah pusat penjagaan di sini, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi ini.
"Mayat mendiang kini ditempatkan di pejabatnya di Jalan Jonker untuk memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir, dan akan dikebumikan pada Jumaat ini di Bekok, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Di samping pernah merangkul gelaran Mr Universe, Mr Asia dan Mr Malaysia, mendiang Gan juga pernah dilantik menjadi Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Naib Pengerusi Persekutuan Bina Badan Asia dan Naib Pengerusi Asian Power Lifting Federation.
Dilahirkan pada 25 Ogos 1937, mendiang juga aktif dalam beberapa persatuan tinju dan tae kwan do terutama di peringkat negeri Melaka.
Bekas Pengerusi MCA Melaka itu meninggalkan seorang isteri, Datin Chong Kin Yock dan tujuh anak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Bekas Pengerusi MCA Melaka itu meninggalkan seorang isteri, Datin Chong Kin Yock dan tujuh anak. - Foto BERNAMA
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
'Bapa sukan bina badan negara' Gan Boon Leong meninggal dunia
Atlet yang mendapat julukan sebagai 'Bapa Sukan Bina Badan Negara' Datuk Gan Boon Leong, 84, meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi akibat lemah jantung.