Skip to main content

Malaysia

Bapa tak dapat tahan sebak, menangis ikuti prosiding kes anak mati dibunuh

https://www.sinarharian.com.my/article/792354/berita/semasa/bapa-tak-dapat-menahan-sebak-menangis-ikuti-prosiding-kes-anak-mati-dibunuh
Gambar kiri: Empat individu ketika dihadapkan ke Mahkamah Batu Pahat pada Isnin. Gambar kanan: Mayat mangsa dibalut dengan jaring dan dibuang ke dalam sungai.
Advertisement

BATU PAHAT: Bapa kepada ahli perniagaan yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibalut dengan jaring dan dibuang ke dalam sungai hadir mengikuti prosiding pertuduhan terhadap empat lelaki yang didakwa membunuh anaknya, Low Kai Xian, 39, di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Lelaki berusia 60-an itu kelihatan sayu memasuki mahkamah dengan ditemani ahli keluarganya.

Bagaimanapun, dia tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sebaik pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh dibacakan.

Peguam pemerhati kepada keluarga mangsa, Chuah Shyue Chien berkata, bapa mangsa masih bersedih dengan tragedi yang menimpa anaknya.

“Dia sedih dan menangis. Keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan terhadap mereka yang didakwa membunuh anaknya,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan mahkamah.

Sebelum itu, empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan awal bulan ini.

Mereka ialah Yogesvaran Subramaniam, 40; Lim Yong Ming, 26; Achuthan Nagarajan, 32, dan How Han Wei, 33.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan 10 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement