awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barang kemas dirampas SPRM di Sabah bernilai RM3.64 juta

Hakim Rahman
Hakim Rahman
07/10/2016
06:29 MYT
Barang kemas dirampas SPRM di Sabah bernilai RM3.64 juta
Dalam sidang akhbar pada Rabu lepas (5 Okt), SPRM mendedahkan rampasan wang tunai dan sejumlah barang kemas serta sembilan kereta mewah. - Foto SPRM Sabah
Nilai sejumlah barang kemas yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi di Sabah dianggarkan berjumlash RM3.64 juta.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.
"Berat barang kemas bagi suspek berjawatan pengarah adalah 14.5kg yang bernilai RM2.74 juta ringgit.
"Manakala bagi suspek berjawatan timbalan pengarah, nilai barang kemas seberat 4.8kg dianggarkan dalam RM900,000," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Anggaran itu dibuat SPRM menerusi khidmat seorang pakar penilai barang kemas dari bank tempatan.
Tambah Azam, proses menilai barang kemas itu bermula kira-kira 10.30 pagi dan selesai kira-kira 12.15 tengah hari tadi.
Sehingga kini, nilai rampasan melebihi RM114.5 juta diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.
Selain rampasan dan sejumlah barang kemas, SPRM turut merampas sembilan kereta mewah.
Pengarah dan timbalan pengarah itu ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#penyalahgunaan kuasa
#rasuah Sabah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan