TUMPAT: Kira-kira lapan tahun lepas, Aunullah Zakwan Mohamed hanyalah seorang peniaga yang menjual pelbagai barangan aksesori lelaki yang diimport dari luar negara di Bazar Tok Guru, Kota Bharu.
Namun, kehidupan pemuda berusia 34 tahun itu berubah 360 darjah apabila jatuh cinta terhadap barangan kulit buatan tangan, seterusnya mendapat bimbingan daripada seorang rakan yang sudah lama menjalankan perniagaan itu di Wakaf Bharu.
Langkah berani siswazah Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu nyata berbaloi apabila beliau kini merupakan antara peniaga barangan kulit buatan tangan yang aktif di Kelantan menggunakan label "Wau Leather Craft".
"Semasa menjual barangan aksesori lelaki seperti beg dan tali pinggang, ada juga pelanggan yang tanya mengenai barangan kulit asli, di situ saya lihat ada permintaan terhadap produk buatan tangan.
"Sekitar 2016, saya berguru dengan seorang rakan yang sudah lama menghasilkan serta memiliki kedai barangan kulit buatan tangan sendiri, sejak itu perniagaan ini menjadi sumber pendapatan utama saya," katanya ketika ditemui di Wakaf Bharu, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Aunullah Zakwan berkata bemula sekadar menghasilkan sarung pemetik api, beliau kini sudah mampu menghasilkan pelbagai produk lain seperti dompet, sarung pisau, tali pinggang, rantai kunci, beg silang dan beg tangan wanita diperbuat daripada kulit kerbau.
Beliau berkata bekalan kulit diperoleh daripada pembekal di Kuala Lumpur serta dibeli secara dalam talian.
"Meskipun berubah bidang daripada jual produk siap kepada menghasilkan barangan kulit buatan tangan, kepuasan apabila tempahan pelanggan dapat disiapkan sukar digambarkan.
"Sebagai contoh, saya perlu memberi lebih tumpuan untuk menghasilkan satu-satu produk, contohnya dompet mengambil masa kira-kira dua hari untuk disiapkan, biarpun mengambil masa yang lama tetapi ia menyeronokkan," katanya yang berasal dari Wakaf Bharu.
Menurut Aunullah Zakwan, barangan kulit hasil tangannya dijual bermula harga RM20 sehingga paling mahal kira-kira RM700 bergantung pada jenis produk serta permintaan pelanggan.
"Paling murah yang saya jual ialah sarung pemetik api, manakala paling mahal pernah saya hasilkan ialah beg tangan wanita.
"Selain itu, pelanggan boleh tempah khas produk berdasarkan kehendak mereka, sebagai contoh boleh tambah slot di dalam dompet," katanya sambil menambah rata-rata pelanggan merupakan rakan-rakan serta pembeli dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Aunullah Zakwan berkata bemula sekadar menghasilkan sarung pemetik api, beliau kini sudah mampu menghasilkan pelbagai produk lain seperti dompet dan sarung pisau diperbuat daripada kulit kerbau. - Foto BERNAMA
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Barangan kulit hasil tangan anak Wakaf Bharu
Kira-kira lapan tahun lepas, Aunullah Zakwan Mohamed hanyalah seorang peniaga yang menjual pelbagai barangan aksesori lelaki yang diimport dari luar negara di Bazar Tok Guru, Kota Bharu.