awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru keluar penjara, bekas banduan ditangkap meragut

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2021
21:45 MYT
Baru keluar penjara, bekas banduan ditangkap meragut
Yahaya menunjukkan antara barang kes yang dirampas ketika sidang akhbar di IPD Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang bekas banduan yang baru dua minggu dibebaskan dari penjara ditahan polis kerana disyaki meragut seorang warga emas di sini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 65 tahun yang mendakwa diragut ketika berjalan sendirian di Taman Connaught, Cheras di sini pada Isnin.
Beliau berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.15 pagi, mangsa ketika berada di tempat kejadian didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebelum bertindak meragut beg silang milik wanita berkenaan.
"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras yang sedang melakukan pemantauan cegah jenayah di kawasan tersebut telah melihat kejadian berkenaan.
"Anggota polis berjaya menangkap suspek yang cuba melarikan diri bersama dengan beg silang mangsa dan merampas sebilah pisau pemotong kertas daripada lelaki itu," katanya dalam sidang akhbar di IPD Cheras di sini pada Khamis.
Yahaya berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 29 tahun mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Suspek direman tujuh hari sehingga 13 Disember di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," ujar beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#bekas banduan
#taman connaught
#dua minggu dibebaskan dari penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan