awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas percuma ke Parlimen untuk Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan wartawan - Loke

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/02/2023
10:23 MYT
Bas percuma ke Parlimen untuk Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan wartawan - Loke
Bas pengantara percuma antara KL Sentral ke bangunan Parlimen akan disediakan pada sidang Dewan Rakyat akan datang merupakan inisiatif baharu Kementerian Pengangkutan, kata Loke. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Bas pengantara percuma antara KL Sentral ke bangunan Parlimen akan disediakan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, itu merupakan antara beberapa inisiatif baharu yang akan dilaksanakan Kementerian Pengangkutan tahun ini.
Kata Loke, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memudahkan dan memberi keselesaan kepada Ahli parlimen, pegawai kerajaan dan wakil media, tetapi juga akan membantu mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.
"Saya mahu galakkan Ahli Parlimen, tak perlu memandu kereta atau ambil e-hailing... ambil e-hailing pun sukar juga nak masuk dan sebagainya.
"Bas perantara ini akan kurangkan kesesakan dan memberi keselesaan bukan sahaja kepada Ahli Parlimen tetapi juga pengunjung.
“Kami kini dalam percubaan yang dikendalikan oleh Prasarana. Ia di peringkat akhir kerana kita perlu berbincang dengan pegawai Parlimen mengenai isu keselamatan memandangkan pengunjung dan media perlu ke pusat pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki Parlimen,” katanya pada sidang media selepas Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan, di sini, pada Jumaat.
Kementerian Pengangkutan juga, kata Loke, amat teruja untuk melaksanakan pelbagai perancangan sepanjang tahun ini demi manfaat rakyat.
Antaranya termasuklah pengoperasian MRT 2 dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara yang dijangka pada Mac depan serta kemudahan KTM Komuter percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pelajar bermula 15 Februari ini.
Beliau juga memaklumkan, kerajaan akan sentiasa cuba mencari jalan untuk menaik taraf serta memberi fasiliti kemudahan pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak, seperti yang dinikmati warga Semenanjung.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#Menteri Pengangkutan
#bas perantara
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan