Skip to main content

Bisnes

Bursa Gold Dinar hadiahkan ganjaran emas

Sumber: Bursa Malaysia
Kempen Referral Rewards berlangsung sehingga 15 September 2026. Layari laman sesawang Promotions & Updates - MyBURSA untuk maklumat lanjut. - Foto Bursa Malaysia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bayangkan anda dan rakan masing-masing menerima ganjaran emas hanya dengan memulakan simpanan emas bersama.

Itulah yang ditawarkan menerusi Kempen Referral Rewards Bursa Gold Dinar, satu inisiatif yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memulakan pelaburan emas digital sambil menikmati ganjaran tambahan.

Ramai masih beranggapan pelaburan emas memerlukan modal yang besar. Hakikatnya, perkembangan teknologi menjadikan simpanan emas kini lebih mudah diakses, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai individu membina tabiat menyimpan dan melabur secara konsisten.

Melalui Bursa Gold Dinar, platform pelaburan emas digital oleh Bursa Malaysia, pengguna boleh memulakan simpanan emas serendah RM10.

Platform ini membolehkan pengguna membeli, menjual, memindahkan serta menebus emas pada bila-bila masa menerusi aplikasi yang selamat, mudah digunakan dan patuh Syariah.

Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memulakan perjalanan pelaburan emas, Bursa Gold Dinar kini menganjurkan Kempen Referral Rewards yang berlangsung sehingga 15 September 2026.

Kempen ini memberi ganjaran kepada pengguna sedia ada dan pengguna baharu apabila pendaftaran dilakukan menggunakan kod rujukan serta pembelian emas terkumpul sebanyak RM500 berjaya diselesaikan.

Menerusi kempen itu, pengguna sedia ada akan menerima 0.01 gram emas bagi setiap rakan yang berjaya mendaftar menggunakan kod rujukan mereka dan melengkapkan pembelian emas terkumpul RM500. 

Image
Sumber: Bursa Malaysia
Bursa Gold Dinar turut menawarkan pelbagai ciri lain termasuk pemindahan emas kepada ahli keluarga, penebusan syiling emas fizikal bermula 4.25 gram, makluman harga emas, waktu dagangan yang panjang, pematuhan Syariah serta Pusat Maklumat Zakat bagi membantu pengguna menguruskan kewajipan zakat mereka. - Foto Bursa Malaysia

Pada masa sama, pengguna baharu turut menerima 0.01 gram emas selepas melengkapkan pembelian emas terkumpul RM500 menggunakan kod rujukan yang diterima.

Lebih daripada sekadar program ganjaran, inisiatif ini menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi amalan kewangan yang baik bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil membina simpanan emas secara berperingkat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan jangka panjang.

Emas terus menjadi pilihan ramai sebagai aset simpanan kerana nilainya yang lebih stabil dalam jangka panjang serta berupaya membantu memelihara nilai kekayaan ketika keadaan ekonomi tidak menentu.

Dengan permintaan global yang terus meningkat, bekalan yang terhad dan kecairan yang tinggi, emas kekal menjadi antara aset penting dalam strategi mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Selain kemudahan membeli dan menjual emas, Bursa Gold Dinar turut menawarkan pelbagai ciri lain termasuk pemindahan emas kepada ahli keluarga, penebusan syiling emas fizikal bermula 4.25 gram, makluman harga emas, waktu dagangan yang panjang, pematuhan Syariah serta Pusat Maklumat Zakat bagi membantu pengguna menguruskan kewajipan zakat mereka.
 

Image
Sumber: Bursa Malaysia


Bagi pengguna sedia ada, kod rujukan boleh dikongsi terus melalui aplikasi Bursa Gold Dinar dengan memilih More > Rewards > Share My Code > Share.

Pengguna baharu pula hanya perlu mendaftar menggunakan kod rujukan dan melengkapkan pembelian emas terkumpul RM500 sebelum 15 September 2026 untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat.

 


Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Bursa Gold Dinar atau memulakan simpanan emas digital boleh mendapatkan maklumat menerusi video penerangan rasmi Bursa Gold Dinar dan memuat turun aplikasi Bursa Gold Dinar.

Kempen Referral Rewards berlangsung sehingga 15 September 2026. Layari laman sesawang Promotions & Updates - MyBURSA untuk maklumat lanjut.

Kempen tertakluk kepada Terma & Syarat. 

Must Watch Video

Advertisement