MALAYSIA
Bas persiaran bawa 12 penumpang terbakar di Lebuhraya MEX
SERDANG: Sebuah bas persiaran musnah terbakar dalam kejadian di Kilometer 20.2 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di sini pada pagi Rabu.
Ringkasan AI
- Sebuah bas persiaran terbakar di Kilometer 20.2 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada pagi Rabu, dengan kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur bas.
- Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi; semua 12 penumpang dan pemandu sempat keluar sebelum pasukan penyelamat tiba.
- Tiada mangsa terlibat, penumpang dipindahkan ke bas lain untuk meneruskan perjalanan, dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
“Namun kesemua 12 penumpang dan pemandu sempat keluar daripada bas sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut dan semua penumpang berjaya diselamatkan.
“Penumpang telah dipindahkan ke sebuah bas lain bagi meneruskan perjalanan ke destinasi mereka,” ujarnya.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami