awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas persiaran terbakar di lebuh raya

Bernama
Bernama
25/05/2022
12:17 MYT
Bas persiaran terbakar di lebuh raya
Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 279.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang tadi. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 279.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang semasa bas yang membawa lima penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
"Bas itu dipercayai mengalami kerosakan enjin, menyebabkan ia terbakar. Bagaimanapun, pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri... tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Trafik sesak kira-kira sejam susulan kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 hampir sejam kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas persiaran
#terbakar
#lebuh raya
#Lebuhraya PLUS
#Polis Daerah Nilai
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan