Seramai 30 pelancong China berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di KM92.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara Ayer Hitam-Yong Peng, dekat Batu Pahat, hari ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian berlaku pada 5 petang ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Kuala Lumpur.
"Kejadian berlaku apabila tayar bas dinaiki mereka tiba-tiba meletup dan pemandu serta-merta memberhentikan kenderaan di tepi jalan raya sebelum mengarahkan kesemua penumpang turun dari bas," katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.06 petang dan menghantar sebuah jentera dengan empat anggota.
"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati bas jenis Nissan D8 terbakar 100 peratus," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian berlaku pada 5 petang ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Pengendali mesin pengorek maut tertimbus dalam runtuhan tanah
Kejadian berlaku ketika mangsa menjalankan kerja-kerja menggali tanah bukit di sebuah tapak pembinaan rumah.
Bas terbakar dekat Batu Pahat, 30 pelancong China hadapi detik cemas
Seramai 30 pelancong China berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di KM92.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara Ayer Hitam-Yong Peng, dekat Batu Pahat, hari ini.
Empat pelajar sekolah di Batu Pahat ditahan bantu siasatan rogol pelajar tingkatan satu
Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu.