awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini

Bernama
Bernama
21/03/2023
01:00 MYT
Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh dan buluh yang ditanam secara ladang di Sarawak. - Foto Facebook/Sarawak Timber Industry Development Corporation
KOTA SAMARAHAN: Basikal buluh buatan Sarawak dijangka mula memasuki pasaran China tahun ini, kata Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Datuk Hashim Bojet.
Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Intensif Basikal Buluh di Kompleks Industri Perabot Pusaka.
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh dan buluh yang ditanam secara ladang di Sarawak, katanya.
Beliau berkata buat masa ini kompleks itu menjadi premis untuk pembuatan basikal berkenaan dan mampu mengeluarkan 50 unit sebulan.
Susulan perancangan untuk mengeksport ke negara tembok besar itu, kapasiti pengeluaran basikal buluh akan dipertingkatkan lagi, katanya.
"Ini (pencapaian mengeluarkan basikal buluh untuk eksport) juga seiring dengan sambutan 50 tahun Pusaka (tahun ini)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basikal
#pusaka
#basikal buluh
#pasaran China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan