awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC

Bernama
Bernama
01/02/2023
23:45 MYT
Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
Tiong memeriksa kawalan kehormatan pasukan polis sempena lawatan beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching, 1 Feb 2023. --fotoBERNAMA
KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen agensi pelancongan jika didapati menyalahi peraturan, kata Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing semalam.
Beliau berkata kementeriannya telah menjalankan siasatan mengenai isu yang mendakwa ada beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.
"Saya telah meminta Timbalan Menteri (Khairul Firdaus Akbar Khan) menjalankan siasatan untuk isu ini dengan mengadakan pertemuan bersama ejen-ejen pelancongan. Semalam, beliau baru habis menjalankan siasatan dan saya belum berkesempatan bertemu beliau untuk mendapatkan maklumat lengkap," katanya.
Tiong yang ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut hari ini sekiranya sudah mendapat maklumat lengkap tentang perkara itu sebelum ke Indonesia bagi menghadiri Forum Menteri ASEAN.
"Bila-bila saya dapat semua (maklumat) saya akan umum. Kalau tidak sempat, saya akan umumkan sebaik sahaja balik dari Indonesia pada 7 hari bulan (Februari)," katanya.
Media tempatan melaporkan terdapat beberapa syarikat umrah tempatan yang 'memborong' tiket penerbangan ke Tanah Suci dan didakwa turut menjualnya kepada agensi umrah di Indonesia pada harga sehingga RM6,000 bagi mengaut keuntungan besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batal lesen
#agensi pelancongan
#borong tiket penerbangan
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan