LENGGONG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan pertemuan bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), berhubung pembatalan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pertemuan itu, bertujuan membolehkan pihaknya mengetahui isu sebenar berkaitan pembatalan pendaftaran berkenaan dan melakukan penelitian lanjut.
"Saya pun tidak tahu apa sebab dan masalah yang dihadapi di dalam persatuan, tetapi isu itu saya akan minta pemangku Ketua Setiausaha kementerian, untuk lihat dan buat satu perjumpaan untuk dengar dulu apa cerita mereka.
"Ia dibatalkan di bawah RoS, jadi kita kena fahamkan dahulu dan tahu puncanya sebelum memberikan komen," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Program Warisan@Lenggong, sempena sambutan Ulang Tahun Ke-11 Pengiktirafan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Festival Merakyatkan Seni Budaya 'Warisan Akar Umbi' di sini hari ini.
Beliau berkata MTC juga perlu memberi penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri, sekiranya ingin mengemukakan rayuan pembatalan berkenaan.
"Ia di bawah bidang kuasa KDN, jika mahu buat rayuan, mereka perlu mengemukakannya dan beri penjelasan kepada KDN," katanya.
Rabu lepas, sekretariat MTC dalam kenyataan berkata pihaknya berharap dapat bertemu dengan Tiong dalam masa terdekat, untuk membincangkan isu berkenaan dan mencari penyelesaian yang adil untuk mengekalkan inti pati MTC dan peranan pentingnya, dalam memajukan industri pelancongan Malaysia.
Bekas Setiausaha Agung MTC Noorzaleha Baharuddin sehari sebelum itu dilaporkan berkata RoS telah mengeluarkan surat pembatalan berkuat kuasa 20 Julai, terhadap MTC selepas siasatan terperinci mendapati pertubuhan itu dengan sengaja melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Tiong berkata pertemuan itu, bertujuan membolehkan pihaknya mengetahui isu sebenar berkaitan pembatalan pendaftaran berkenaan dan melakukan penelitian lanjut. - Gambar fail/Sinar Harian
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Johor, MOTAC bincang hala tuju promosi Tahun Melawat Johor 2026
RM67.6 juta diperuntukkan bagi penambahbaikan infrastruktur dan penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
MOTAC umum peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan, Batu Sapi
Peruntukan itu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.
Pesta Angin Timur Perlis 2024 tampil 11 aktiviti baharu
Pesta Angin Timur Perlis 2024 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mac ini bakal menampilkan 11 aktiviti baharu.
MyCEB perkukuh industri acara perniagaan melalui pertukaran idea serantau
Selepas menjalin kerjasama di Indonesia, MyCEB membuat kunjungan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).
MOTAC sasar jualan RM28 juta untuk pakej My Ramadan Experience 2024
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,000 pakej telah berjaya dijual dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.