awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batik Air sokong CAAM agensi tunggal kawal selia sektor penerbangan

Bernama
Bernama
23/06/2025
21:15 MYT
Batik Air sokong CAAM agensi tunggal kawal selia sektor penerbangan
Batik Air berkata syarikat itu berharap dapat terus bekerjasama dengan CAAM dalam fasa baharu.
KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai pengawal selia autonomi tunggal bagi sektor penerbangan negara berkuat kuasa 1 Ogos, dijangka memudahkan proses kawal selia menerusi penyelarasan pengawasan di bawah satu entiti pentadbiran.
Batik Air dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, langkah itu juga bakal meningkatkan kecekapan operasi dan mengukuhkan penyelarasan merentas fungsi kawal selia, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi pemain industri.
"Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kami kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) atas sokongan dan sumbangan mereka kepada Batik Air serta industri penerbangan sejak beberapa tahun lalu.
"Mereka telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap penerbangan yang lebih mantap dan berteraskan pelanggan di Malaysia," kata kenyataan itu.
Batik Air berkata, syarikat itu berharap dapat terus bekerjasama dengan CAAM dalam fasa baharu, kerana 'kami secara kolektif memajukan aspirasi negara untuk menjadi hab penerbangan serantau yang berdaya saing dan mampan'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAAM
#agensi tunggal
#kawal selia
#penerbangan
#Batik Air
#mavcom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan