awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu Sapi dicadang untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong - Khairul Firdaus

Bernama
Bernama
19/11/2023
21:00 MYT
Batu Sapi dicadang untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong - Khairul Firdaus
Khairul Firdaus mencadangkan agar status zon industri di kawasan Batu Sapi ditukar, dan ia dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong. - Foto fail/BERNAMA
SANDAKAN: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan agar status zon industri di kawasan Batu Sapi di sini ditukar, dan ia dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong.
Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata selaras dengan kedudukannya di pesisir pantai, kawasan itu dilihat lebih sesuai dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancongan atau dimajukan dengan industri berkaitan hasil laut.
Beliau berkata pembangunan pesat kilang-kilang di kawasan itu bukan sahaja akan memberi kesan kepada penduduk berhampiran, malah pencemaran dari kilang-kilang itu juga jika tidak dikawal boleh menjejaskan ekosistem pesisir pantai.
"Saya harap Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan kaji perkara ini dengan mendalam," katanya semasa merasmikan program sukarelawan pelancongan di Taman Warisan, sebuah kawasan tarikan pelancong di Batu Sapi di sini pada Ahad.
Sementara itu Khairul Firdaus berkata beliau gembira dengan kemajuan dicapai MPS dalam usaha membangunkan sektor pelancongan di kawasan itu, dan MPS turut merangka satu Rangka Tindakan Pelancongan Batu Sapi yang diserahkan oleh Presiden MPS Henry Idol kepadanya hari ini.
"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mewujudkan kerjasama strategik dengan MPS dan pejabat Parlimen Batu Sapi, bagi memastikan Taman Warisan Batu Sapi ini sentiasa menjadi kawasan tarikan pelancong yang hebat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Sapi
#kawasan tarikan pelancong
#Khairul Firdaus Akbar Khan
#MOTAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan