awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batuk kokol: Bayi kurang enam bulan berisiko tinggi dijangkiti - Pakar

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
23/08/2023
22:45 MYT
Batuk kokol: Bayi kurang enam bulan berisiko tinggi dijangkiti - Pakar
Dr Wan Abdul Hannan berkata, penyakit batuk kokol boleh dicegah melalui pengambilan vaksin. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bayi berusia kurang enam bulan berisiko tinggi dijangkiti batuk kokol atau pertussis memandangkan tahap imuniti kumpulan itu masih belum matang, menurut Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah.
Pakar perubatan kesihatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berkata, jangkitan terhadap bayi ini boleh menyebabkan komplikasi buruk, termasuk sawan dan kematian.
"Semua orang di semua peringkat usia boleh dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis ini.
"Tetapi, pesakit yang berisiko tinggi ialah bayi, khususnya yang berusia kurang enam bulan kerana belum lagi lengkap imunisasi diberikan dan tahap imunitinya belum matang.
"Oleh itu, tubuh bayi tersebut tidak dapat melawan jangkitan dan mereka adalah golongan yang paling berisiko sehingga boleh menyebabkan kematian dan sawan.
"Komplikasi-komplikasi seperti ini yang kita hendak elakkan daripada terjadi," katanya ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dr Wan Abdul Hannan berkata, batuk kokol boleh dicegah melalui pengambilan vaksin.
Jelasnya, program vaksinasi bagi bayi sudah disediakan oleh pihak KKM melalui Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) secara percuma.
Agenda AWANI: Batuk Kokol: Ambil tahu dan cegah jangkitan
"Vaksin untuk mencegah penyakit pertussis ini diberikan dalam bentuk enam serangkai, pada umur dua, tiga dan lima bulan. Manakala dos penggalak pada umur 18 bulan.
"Sewaktu bayi diberikan vaksin ini, bayi menerima imunisasi DTaP iaitu bagi pencegahan Difteria, Tetanus dan Pertussis.
"Kemudian bayi menerima vaksin Hib bagi pencegahan Haemophilus influenzae jenis B, IPV (Inactivated Poliovirus Vaccine, pencegahan polio) dan HPV (Human Papillomavirus, hanya untuk remaja perempuan 13 tahun)," jelasnya.
[INFOGRAFIK] Jangkitan pertussis (Batuk kokol)
Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin dengan kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.
Gejala lazim pertussis adalah batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan sehingga dua bulan.
Pada Selasa, Kementerian Kesihatan dilaporkan sedang menyiasat punca tiga sekeluarga di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang yang dijangkiti pertussis.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, penyakit pertussis sentiasa ada dalam negara dan telah diklasifikasikan sebagai endemik.
Topic Berkaitan
#batuk kokol
#Pertussis
#Agenda Awani
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan