awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baucar penerbangan, jimat bajet percutian

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
17/11/2021
03:03 MYT
Baucar penerbangan, jimat bajet percutian
Malindo Air dan Firefly menawarkan baucar diskaun pembelian tiket penerbangan kepada warganegara Malaysia. - Foto fail
KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia melancarkan kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia untuk laluan penerbangan domestik di seluruh negara.
Inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) itu adalah dengan kerjasama syarikat penerbangan, Malindo Air dan Firefly yang menawarkan baucar diskaun pembelian tiket penerbangan kepada semua warganegara Malaysia.
Malindo Air
Tempahan baucar diskaun boleh ditempah bermula hari ini hingga 31 Disember 2021. - Gambar Malindo Air
Tempahan baucar diskaun boleh ditempah bermula hari ini hingga 31 Disember 2021. - Gambar Malindo Air
Setiap warganegara Malaysia layak untuk memohon dan menerima tawaran baucar diskaun tiket penerbangan sehingga RM50.
Pemberian baucar diskaun tersebut adalah bagi penerbangan sehala atau dua hala, kelas ekonomi atau perniagaan.
Pengguna boleh membuat tempahan tiket melalui laman sesawang rasmi Malindo Air di www.malindoair.com dan terhad kepada 6,000 pengguna terawal sahaja.
Tempahan baucar diskaun boleh dibuat bermula hari ini hingga 31 Disember 2021 dalam tempoh perjalanan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2022.
Firefly
Tempahan baucar diskaun boleh dibuat bermula hari ini hingga 30 November 2021. - Gambar Firefly
Tempahan baucar diskaun boleh dibuat bermula hari ini hingga 30 November 2021. - Gambar Firefly
Untuk warganegara Malaysia, anda layak memohon dan menerima promosi tiket penerbangan dengan potongan diskaun sehingga RM50.
Pemberian baucar diskaun tersebut adalah terbuka kepada semua ahli berdaftar dengan e-dompet Firefly melalui laman sesawang rasminya di www.fireflyz.com.my dan terhad kepada 6,666 pengguna terawal sahaja.
Pengguna perlu mengemaskini ruangan profil di akaun keahlian dengan memasukkan nombor kad pengenalan.
Tempahan baucar diskaun boleh dibuat bermula hari ini hingga 30 November 2021 dalam tempoh perjalanan yang bermula hari ini sehingga 29 Oktober 2022.
Tunggu apa lagi?
Ini peluang anda dapatkan baucar diskaun penerbangan dan melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara!
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Tourism Malaysia
#Malindo Air
#Firefly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan