awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawa balik jet Jho Low hanya jika berbaloi - PM Tun Mahathir

Bernama
Bernama
01/11/2018
13:05 MYT
Bawa balik jet Jho Low hanya jika berbaloi - PM Tun Mahathir
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
Usaha membawa balik jet peribadi milik ahli perniagaan yang sedang dicari Low Taek Jho, atau Jho Low, hanya akan dilakukan sekiranya ia berbaloi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat memberi kebenaran kepada penjualan Bombardier Global 5000 jet bernilai US$35 juta yang berada dibawah jagaan pihak berkuasa Singapura sejak 2017.
"Jika berbaloi, barulah kita bawa ia balik," katanya kepada pemberita semasa ditanya berhubung perkara itu ketika ditemui dalam satu majlis rasmi di sini hari ini.
"Kita tidak tahu sekiranya ia berbaloi atau tidak. Pesawat itu tidak boleh terbang sekarang," katanya dengan merujuk kepada pesawat yang kini diletakkan di Lapangan Terbang Seletar di Singapura.
Sementara itu semasa menjawab soalan sekiranya bekas pegawai PetroSaudi International Ltd Xavier Justo akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata perkara itu seharusnya diserahkan kepada pendakwaraya sekiranya mereka memutuskan dia mempunyai bukti yang relevan untuk dikongsi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bombardier Global 5000
#jet peribadi
#Jho Low
#Lapangan Terbang Seletar
#Low Taek Jho
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan