awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran balik cukai terlebih bayar dalam dua hari - LHDN

Bernama
Bernama
30/03/2015
09:29 MYT
Bayaran balik cukai terlebih bayar dalam dua hari - LHDN
Pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik terlebih bayar dalam masa dua hari selepas menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan. - Gambar Fail
Pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik cukai terlebih bayar daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam masa dua hari selepas menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), kata Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.
Beliau berkata bayaran balik cukai terlebih bayar kepada LHDN boleh dilakukan dalam masa dua hari jika segala maklumat yang diberikan adalah betul.
"Bila maklumat yang diberikan adalah betul kita akan proses dengan cepat. Tapi bila hantar borang dengan maklumat yang tidak lengkap ini akan menyebabkan LHDN makan masa untuk proses.
"Secara purata kalau hari ini hantar, esok proses, lusa dia (pembayar cukai) dapat (bayaran cukai terlebih bayar). Bagaimanapun, semua ini bergantung kepada jumlah BNCP yang diterima," katanya ditanya mengenai tempoh pembayaran balik cukai terlebih bayar.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk 'Driven By Vision: Fuelled by Creativity and Innovation' dalam program Ceramah Ketua Pegawai Eksekutif di Akademi Percukaian Malaysia di sini hari ini.
Mohd Shukor berkata dijangkakan empat juta pembayar cukai di negara ini menggunakan sistem e-Filing dan ia mewakili kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan pembayar cukai.
Kemudahan e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.
Laporan sebelum ini menyebut, tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada 30 April ini dan penalti akan dikenakan sekiranya mereka gagal mengisi borang selepas tarikh itu.
Topic Berkaitan
#cukai pendapatan
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#Mohd Shukor Mahfar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan