KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro diteruskan dengan bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 fasa dua di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM500, yang akan disalurkan mulai 23 Nov ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran itu adalah lanjutan daripada bayaran fasa satu sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September lepas dan bakal memanfaatkan lebih satu juta PKS mikro yang layak.
"Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik COVID-19.
"Inisiatif ini akan melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 22 Nov melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my.
Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih satu juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.
"Kerajaan berharap agar bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka yang merupakan sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Bayaran itu adalah lanjutan daripada bayaran fasa satu sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September lepas dan bakal memanfaatkan lebih satu juta PKS mikro yang layak. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
Parlimen: Pemohon tidak lulus GKP, dipertimbang untuk BKM secara automatik - Menteri
Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan sebelum ini, akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu.
Bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 fasa dua mulai 23 Nov - PM
Ismail Sabri berkata bayaran itu adalah lanjutan daripada bayaran fasa satu sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September lepas dan bakal memanfaatkan lebih satu juta PKS mikro yang layak.
GKP 4.0: Kerajaan salur RM500 juta kepada PKS mikro, bayaran mulai 21 Sept
Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November sebanyak RM500.
Pemohonan baharu GKP 4.0 dibuka mulai hari ini - Tengku Zafrul
Tempoh pendaftaran bagi pemohonan baharu Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai, 2021 secara dalam talian, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pemerkasa PLUS: GKP dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500
Kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS).
GKP Tambahan: Kemas kini akaun bank jika status 'Gagal Kredit'
Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) disaran menyemak status pembayaran.
Pembayaran GKP 3.0 untuk PKS mikro yang lulus akan dibuat mulai Jun
Ujar Tengku Zafrul, pembayaran itu akan melibatkan peruntukan tambahan bernilai RM1.2 bilion.
Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP - Azmin
Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP dengan menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kebaikan kepada Malaysia.
Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.
PERMAI: Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada tujuh negeri PKP
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi 300,000 PKS di negeri selain PKP, mereka akan menerima RM500.