awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI

Bernama
Bernama
20/02/2024
21:15 MYT
Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI
Kor Ming berkata aspirasi Malaysia MADANI tidak akan tercapai jika tiada kerjasama, sokongan dan dokongan daripada barisan penjawat awam. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 pada Jumaat ini akan menjadi pendorong kepada penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi membina Malaysia MADANI.
Berucap pada majlis MADANI Muhibah di sini pada Selasa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata aspirasi Malaysia MADANI tidak akan tercapai jika tiada kerjasama, sokongan dan dokongan daripada barisan penjawat awam.
"Aspirasi Malaysia MADANI adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain," katanya.
Malaysia MADANI diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Ia diiacu berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dalam pada itu, Kor Ming turut menyeru penjawat awam untuk fokus menyelesaikan masalah dan melaksanakan polisi bagi memenuhi keperluan semasa selain mencorak masa hadapan dan memenuhi potensi negara.
Bayaran insentif awal sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam itu, dibuat sekali gus pada 23 Feb ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Madani
#Nga Kor Ming
#bayaran insentif awal
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan