awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran RM1,136 bagi pengambilan pembantu rumah asing kali pertama - Imigresen

Bernama
Bernama
07/01/2022
07:11 MYT
Bayaran RM1,136 bagi pengambilan pembantu rumah asing kali pertama - Imigresen
Hanya RM1,136 dikenakan bagi pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kali pertama, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen hanya mengenakan kadar bayaran RM1,136 bagi pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kali pertama, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah tersebut merangkumi bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran berkaitan.
Menurutnya, majikan bebas memilih pembantu rumah asing dari Filipina, Indonesia, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal mahupun Laos kerana kerajaan tidak mengehadkan negara sumber bagi urusan pengambilan PRA.
"Bagaimanapun, setiap pengambilan PRA perlu mematuhi syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) apabila tiba di negara ini," katanya.
Khairul Dzaimee berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa kerajaan mengenakan bayaran tinggi mencecah lima angka bagi proses pengambilan PRA, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada Rabu lepas (5 Jan).
Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 31 Dis lepas, seramai 88,173 PRA memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Majikan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai prosedur permohonan PRA boleh melayari portal rasmi Jabatan Imigresen www.imi.gov.my atau media sosial rasmi jabatan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu rumah asing
#pengambilan PRA
#Pas Lawatan Kerja Sementara
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan