GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) hari ini mengesahkan kadar bayaran sagu hati bagi jurunikah dan dua orang saksi nikah di negeri itu naik bermula 1 Mac ini seperti surat yang tular sejak semalam.
Pengarahnya Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata bayaran sagu hati tersebut dinaikkan daripada RM120 kepada RM250 iaitu kadar baharu selepas 15 tahun.
"Sebelum ini sagu hati untuk jurunikah adalah RM100 manakala kedua-dua saksi pula RM10 seorang. Pada 1 Mac nanti, jurunikah akan menerima sagu hati RM150 manakala kedua-dua saksi RM50 seorang," katanya yang dihubungi hari ini.
Beliau berkata kadar baharu itu berpatutan atas jasa jurunikah dan kedua-dua saksi memandangkan tugas mereka bukan mudah kerana bertanggungjawab memastikan majlis akad nikah berjalan lancar mengikut syariat ditetapkan.
"Tinjauan yang dijalankan JHEAIPP mendapati kadar upah saksi terlalu rendah iaitu RM10 sahaja seorang, jadi kadar baharu ini diharapkan dapat membantu mereka," katanya.
Sejak semalam tular satu surat menerusi media sosial memaklumkan Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bersidang pada 8 Dis lepas telah bersetuju meluluskan cadangan menaikkan bayaran sagu hati jurunikah dan dua orang saksi nikah di negeri itu daripada RM120 kepada RM250 bermula 1 Mac ini.
Menerusi surat itu, turut dimaklumkan perkara tersebut akan dihebah kepada pegawai dan kakitangan di semua Pejabat Agama daerah untuk tindakan bermula bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Bayaran sagu hati tersebut dinaikkan daripada RM120 kepada RM250 iaitu kadar baharu selepas 15 tahun. - Gambar fail
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Najwa Latif selamat bernikah, pilih pasangan duet sebagai suami
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
Bayaran sagu hati jurunikah dan saksi naik di P. Pinang
Bayaran sagu hati tersebut dinaikkan daripada RM120 kepada RM250 iaitu kadar baharu selepas 15 tahun.
Boleh nikah di masjid negeri PKP dengan 20 tetamu
Keputusan itu juga sekali gus membolehkan majlis akad nikah diadakan bukan hanya di pejabat agama seperti yang dibenarkan sebelum ini.
Perak benarkan majlis akad nikah sepanjang tempoh PKP
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, majlis itu hendaklah menurut panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Tangguh semua majlis akad nikah di Perak - Pengarah JAIPk
Semua Pegawai Tadbir Agama (PTA) perlu mengambil maklum mengenai arahan tersebut dan membuat tindakan lanjut mengikut daerah masing-masing.