awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 11 bulan jalani pembedahan pemindahan hati di India

Bernama
Bernama
25/05/2016
15:40 MYT
Bayi 11 bulan jalani pembedahan pemindahan hati di India
Bayi comel bernama Yashveena ini akan menjalani pembedahan pemindahan hati di Apollo Hospital, Chennai. - Foto Bernama
S. Yashveena, bayi perempuan berumur 11 bulan, dijangka tiba di Chennai, India malam ini untuk menjalani pembedahan pemindahan hati.
Menurut anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Datuk Seri S. Vell Paari, beliau mengatur segala urusan berkaitan pembedahan itu di Apollo Hospital, Chennai, untuk memastikan segala-galanya berjalan seperti dirancang.
"Saya datang ke sini (Chennai) terlebih dahulu, untuk membuat persediaan awal," katanya.
Menurut Vell Paari, menjelang esok pagi, Yashveena akan menjalani ujian kesesuaian bagi pembedahan pemindahan hati itu, dengan hati yang didermakan ibunya.
"Semua ujian yang diperlukan akan mengambil masa tiga hingga empat jam," katanya.
Vell Paari berkata Yashveena akan ditempatkan di rumah tetamu Apollo Hospital sementara menunggu kelulusan hospital untuk menjalani pembedahan.
"Buat sementara waktu, pasukan perubatan di Apollo Hospital akan memantau keadaannya, dengan memberi nutrisi secukupnya bagi mempertingkatkan tumbesarannya," katanya.
Sebaik sahaja kelulusan diperoleh, pembedahan akan dijalankan dan Yashveena akan tinggal di hospital selama tiga hingga empat minggu, manakala ibunya pula akan berada di hospital sama sekitar 10 hingga 12 hari.
Topic Berkaitan
#bayi masalah hati
#pembedahan pemindahan hati
#S. Yashveena
#vell paari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan