awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 4 bulan maut semasa tidur di taska

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2019
12:31 MYT
Bayi 4 bulan maut semasa tidur di taska
Mangsa, Dayangku Nur Alya Mariyam Awangku Hazrin dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan wajahnya kebiruan tidak sedarkan diri oleh petugas taska kira-kira jam 10 pagi.
Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai lemas ketika meniarap semasa tidur di sebuah taska di Kuala Terengganu pada Isnin.
Mangsa, Dayangku Nur Alya Mariyam Awangku Hazrin dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan wajahnya kebiruan tidak sedarkan diri oleh petugas taska kira-kira jam 10 pagi.
Menurut ibu mangsa Syahirah Mhd Ali, 31 tahun sejurus dimaklumkan insiden itu dia bergegas ke taska berkenaan sebelum mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu dalam keadaan lemah dan tak bermaya.
Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi.
“Dia suruh datang ke taska, tengok anak. Jadi saya datang, memang anak (dah) biru.
“Memang saya tak salahkan pihak taska sebab anak saya baru belajar meniarap, dia lemas sebab tu lah,”
Syahirah berkata, meskipun dia kehilangan arwah pada hari lahir suaminya, Awangku Hazrin Awangku Hidup yang ke 34, tetapi dia reda dan menerima ujian ini sebagai ketentuan dari-Nya.
Beliau juga enggan anaknya dibedah siasat selain berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan taska berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din mengesah menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Awangku Hazrin Awangku Hidup
#bayi perempuan
#Dayangku Nur Alya Mariyam Awangku Hazrin
#Hospital Sultanah Nur Zahirah
#Syahirah Mhd Ali
#taska
#tidur meniarap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan