awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 4 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh di Putrajaya

Bernama
Bernama
09/01/2021
13:00 MYT
Bayi 4 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh di Putrajaya
Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan keputusan bedah siasat. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata berdasarkan siasatan awal, pengasuh wanita berusia 48 tahun berkenaan mendakwa bayi itu mengalami demam dan selesema semasa dihantar ke rumahnya pada pagi hari tersebut.
"Apabila bayi tersebut tidak bangun dari tidur ketika dikejutkan, pengasuhnya terus menghubungi ibu bayi dan pihak hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Fadzil, wanita itu mula menjaga bayi berkenaan kira-kira dua minggu lalu.
Katanya mayat bayi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, manakala hasil ujian saringan COVID-19 ke atasnya adalah negatif.
Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan keputusan bedah siasat, katanya.
Mohd Fadzil turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis yang berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#meninggal dunia
#wanita
#mayat
#bayi
#polis
#Putrajaya
#SDR
#pengasuh
#jagaan
#pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan