KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh berusia 43 tahun ditahan Sabtu lepas kerana disyaki cuai sehingga menyebabkan seorang bayi jagaannya berusia lapan bulan cedera di muka dan telinga.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita itu ditahan di rumahnya di Taman Putra, Ampang di sini pada 11.45 malam selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu bayi berkenaan pada Jumaat lepas.
"Jumaat lepas, ibu bayi itu yang berusia 32 tahun mengambil anak perempuannya dari rumah suspek pada 5.40 petang dan mendapati ada kesan gigitan pada muka serta kesan pulasan pada kedua-dua telinga bayi berkenaan, sebelum merujuk bayinya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Farouk berkata mengikut laporan kecederaan itu dipercayai akibat anak jagaan yang lain menggigit muka bayi berkenaan semasa pengasuh itu keluar untuk melakukan urusan peribadi pada kira-kira 12 tengah hari dan membiarkan mereka dijaga oleh dua anak kandungnya yang berusia lapan dan 16 tahun.
"Wanita itu didapati menjaga enam kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga dua tahun dan dia kini direman sehingga Rabu ini," katanya.
Menurutnya disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Mohamad Farouk berkata wanita itu ditahan di rumahnya di Taman Putra, Ampang selepas laporan polis dibuat oleh ibu bayi berkenaan pada Jumaat lepas. - Gambar fail

AS bayar AS$5 juta kepada keluarga Ashli Babbitt
Penyelesaian ini mengakhiri tuntutan AS$30 juta yang difailkan oleh keluarga Babbitt bersama kumpulan konservatif Judicial Watch.

Misteri kubur besar dinosaur di 'Sungai Kematian' akhirnya terungkai
Ribuan fosil dinosaur Pachyrhinosaurus ditemui di kawasan ini, menimbulkan persoalan tentang bagaimana ia mati.
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Tourism| Reimagining ASEAN AS one destination
Can ASEAN truly become one seamless travel destination? In this episode of ASEAN KITA, we speak to Dr. Sri Ganesh Michiel of MTF on visa access, tourism taxes, and the role of budget hotels in unlocking regional tourism for all.

Diddy didakwa pecah pintu rumah Cassie Ventura dengan tukul besi
Insiden itu berlaku selepas Combs didakwa menyerang Ventura di lobi Hotel Intercontinental.

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib sudah jumpa, dron dan kamera lesap
Toyota Alphard milik Ustaz Firdaus Firabib yang hilang pada Sabtu telah ditemukan di Bukit Merah, Perak.

Lelaki ditahan rosakkan kuil hindu, suspek dakwa dengar 'bisikan'
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk dan merosakkan struktur logam yang dikenali sebagai sullam di sebuah kuil Hindu di Taman Sri Ampang, di sini, pagi Isnin.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.

Pengasuh ditahan dipercayai kasari kanak-kanak di taska
Seorang pengasuh ditahan pada Sabtu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah taska dekat Putra Perdana di Sepang.

Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Dua pengasuh ditahan dipercayai dera bayi autistik 11 bulan
Polis menahan dua pengasuh sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih, di sini kerana dipercayai mendera seorang bayi autistik berusia 11 bulan.

Pengasuh direman empat hari bantu siasatan kes bayi digigit
Seorang pengasuh berusia 30 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang cedera disyaki digigit seperti tular di media sosial.

Bayi dua bulan maut di taska, pengasuh telah ditahan - Polis
Polis menahan pengasuh sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan, Selasa lalu.

Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak dikasari penjaga tadika
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikasari penjaga tadika yang videonya tular di media sosial.

Reman pengasuh kes dera bayi hingga maut disambung
Tempoh reman seorang pengasuh yang ditahan berhubung kes bayi perempuan berusia enam bulan dipercayai didera sehingga meninggal dunia, Jumaat lalu, disambung tujuh hari lagi.

Bayi perempuan maut disyaki didera, pengasuh ditahan
Hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini menunjukkan punca kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat objek tumpul.

Bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.

Pengasuh ditahan disyaki dera bayi
Ibu mangsa percaya anaknya telah didera berdasarkan beberapa kesan lebam ditemui di badan bayi berkenaan.