Skip to main content

Malaysia

Bayi berusia setahun maut dilanggar kereta bapa berundur

71437988752_babyfoot.jpg
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja dilanggar kereta yang sedang diundurkan bapanya di  Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pagi tadi.

Menurut Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, mangsa Azeem Iskandar Ridzdwan maut semasa  dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 pagi ketika bapa mangsa yang berumur 43 tahun yang juga anggota TLDM sedang mengundurkan kenderaan MPV untuk ke tempat kerja.

Advertisement

Must Watch Video