MALAYSIA
Bayi enam bulan meninggal dunia dipercayai lemas tertiarap di taska

Kejadian itu disedari pengasuh taska berkenaan kira-kira jam 5 petang ketika mahu memeriksa keadaannya. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dipercayai lemas di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Padang Temu di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di sebuah taska di Padang Temu dan disahkan meninggal dunia selepas dirujuk ke Hospital Melaka.
- Pengasuh taska menyedari keadaan bayi kira-kira jam 5 petang dan cuba mendapatkan bantuan perubatan, namun bayi gagal diselamatkan walaupun bantuan pernafasan kecemasan (CPR) telah diberikan.
- Pemeriksaan awal tidak menemui unsur jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.
“Pengasuh kemudian membawa bayi tersebut kepada pengusaha taska sebelum dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir untuk pemeriksaan lanjut.
"Doktor cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu bantuan ambulans tiba, namun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka ketika sekali lagi bantuan CPR cuba diberikan kepada bayi itu," katanya.
Sumber itu berkata, pemeriksaan ke atas badan bayi berkenaan tidak menemui sebarang kesan perbuatan unsur jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami