awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi jatuh katil dan tersembam meninggal dunia akibat lemas

Bernama
Bernama
16/12/2019
06:55 MYT
Bayi jatuh katil dan tersembam meninggal dunia akibat lemas
Bayi yang baru pandai merangkak itu ditinggalkan tidur di atas katil dengan dikelilingi bantal tinggi sebagai penampan. - Gambar hiasan
Kematian seorang bayi perempuan berusia lapan bulan selepas terjatuh dari katil dan tersembam ke dalam tong sampah di rumah pengasuhnya di Jalan Pasir Pinji, di sini, Sabtu lepas dikenal pasti akibat lemas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Hospital Pakar Komuniti Perak pada 9 pagi semalam mengesahkan sebab kematian adalah kerana 'Asphyxza' iaitu kelemasan.
Katanya pada hari kejadian, bayi yang baru pandai merangkak itu ditinggalkan tidur di atas katil dengan dikelilingi bantal tinggi sebagai penampan pada 5 petang sebelum ditemui dalam tong sampah di tepi katil dengan keadaan tertonggeng kira-kira 6.15 petang.
"Darah terkumpul di paru-paru (bayi) menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dan hasil bedah siasat tidak menemukan kesan penderaan atau kesan lain pada tubuh mangsa, fizikal bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut A Asmadi, bayi tersebut dihantar ke rumah pengasuh berumur 45 tahun itu sejak berusia 30 hari dan jika wanita itu keluar bekerja, mangsa dijaga oleh anak perempuan pengasuh yang berumur 24 tahun.
"Semasa hari kejadian hanya anak pengasuh berada di rumah dan menurutnya kejadian itu (bayi jatuh katil) tidak disedari kerana tiada sebarang bunyi tangisan kedengaran," katanya.
A Asmadi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pihak polis juga telah memeriksa rumah satu tingkat dengan lima bilik itu.
Topic Berkaitan
#Asmadi Abdul Aziz
#bayi
#bayi jatuh katil
#Ipoh
#Kanak-kanak
#Ketua Polis Daerah Ipoh
#lemas
#mangsa
#pengasuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan