KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas kira-kira 10 jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, semalam.
Menurut sumber, ibu mangsa yang juga seorang doktor tiba di hospital itu untuk bekerja dan tidak menyedari dia meninggalkan kanak-kanak itu, sehingga pukul 5.30 petang.
"Wanita berkenaan menerima panggil telefon daripada suaminya jam 5.30 petang menyatakan anaknya tiada di taska dan selepas diperiksa sekali lagi oleh suaminya, wanita itu terus pergi ke tempat letak kenderaan iaitu lokasi keretanya diletakkan.
"Dia mendapati anaknya berada di kerusi bayi bahagian belakang dalam keadaan tidak bermaya lantas mengeluarkan mangsa untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut," katanya.
Sumber itu menambah, hasil rakaman percakapan bapa mangsa pula mendapati, dia telah datang ke taska dan mendapati mangsa tiada di situ.
Jelasnya, bapa mangsa telah menghubungi isterinya dan memaklumkan anaknya tiada di taska serta meminta isterinya pergi ke tempat letak kereta.
"Ketika bapa mangsa tiba di lokasi parkir kereta, dia mendapati isterinya sedang memberikan CPR kepada anaknya dan meminta isterinya membawa mangsa ke wad kecemasan untuk tindakan lanjut pada 5.35 petang," ujarnya.
Sumber itu berkata, bantuan pernafasan telah dilakukan selama enam minit tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan tanda-tanda hayat.
"Bayi itu telah disahkan meninggal dunia dan bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian," katanya.
Kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, ibu mangsa membawa bayi itu untuk dihantar ke taska.
"Mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska tetapi ibu bayi berkenaan terus ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.
"Ibu mangsa hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska," katanya dalam satu kenyataan.
Zam Halim berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia pada pukul 5.53 petang hari sama oleh pegawai perubatan HCTM.
Tambahnya, keterangan daripada ibu mangsa akan diambil selepas selesai urusan pengebumian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
Astro Awani
Fri Oct 06 2023
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di parkir Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, ibu negara. - Gambar fail
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
Ibu didakwa abai, anak dua tahun maut dalam kereta
Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang maut setelah berada lebih tujuh jam dalam kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Operator taska perlu hubungi penjaga sekiranya anak tidak hadir - Nancy
SOP berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.
Bayi lapan bulan maut tertinggal 10 jam dalam kereta
Ibunya, seorang doktor di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, tidak menyedari dia meninggalkan kanak-kanak itu, sehingga pukul 5.30 petang.
Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah
Kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya.
KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.