awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki 14 hari maut dalam kemalangan dua kenderaan

Aida Aziz
Aida Aziz
03/11/2021
05:50 MYT
Bayi lelaki 14 hari maut dalam kemalangan dua kenderaan
Penumpang hadapan kereta iaitu wanita didapati tersepit, sementara bayi lelaki disahkan maut di lokasi oleh pihak perubatan. - JBPM
MANJUNG: Bayi lelaki berusia 14 hari maut, manakala enam individu lain termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata di Ayer Tawar, Manjung.
Difahamkan kemalangan membabitkan Perodua Kancil yang dinaiki bayi berkenaan bersama lima individu, iaitu ibu bapanya, dan tiga kanak-kanak lelaki berusia antara dua hingga sembilan tahun.
Seorang lagi yang cedera ialah pemandu lori sekitar usia 50 tahun yang memandu dari arah Ayer Tawar menghala ke Beruas.
Difahamkan, nahas berlaku selepas kereta itu melanggar dua ekor lembu sebelum masuk ke laluan bertentangan seterusnya bertembung dengan lori membawa muatan tanah berkenaan.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 pagi sebelum bergegas ke lokasi.
Katanya, anggota bomba mendapati lelaki dan tiga kanak-kanak sudah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.
Jelasnya, penumpang hadapan kereta iaitu wanita didapati tersepit, sementara bayi lelaki disahkan maut di lokasi oleh pihak perubatan.
"Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.
"Ketika itu bayi itu sudah dikeluarkan dari kenderaan.
"Mayat bayi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat pada 7.58 pagi," jelasnya.
Topic Berkaitan
#bayi maut
#kemalangan
#langgar lembu
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan