awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki ditemui di pekarangan surau

Bernama
Bernama
16/10/2014
11:28 MYT
Bayi lelaki ditemui di pekarangan surau
AZISMAN: Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui. -Gambar fail
Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di pekarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7 di sini awal hari ini.
Menurut jurucakap polis, bayi seberat 3.15 kg itu ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan selimut pada kira-kira 2 pagi.
"Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.
"Bayi itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dalam keadaan sihat...siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Azisman Alias
#bayi
#Jalan Platinum
#surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan