awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang

Bernama
Bernama
26/11/2023
09:40 MYT
Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang
Bayi lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Seri Manjung dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk rawatan. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki berusia 45 tahun pada pukul 8.15 malam.
"Bayi lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Seri Manjung dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk rawatan serta pemantauan lanjut oleh pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Hasil pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan bayi itu berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Nordin berkata pihaknya sedang giat mengesan suspek dan waris bayi itu.
"Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 bagi membantu siasatan pihak polis," katanya.
Beliau berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di bawah umur kurang daripada 12 tahun, mendedahkan serta membuang kanak-kanak itu dengan niat.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang bayi
#tepi longkang
#manjung
#bayi lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan