Bayi lelaki iaitu mangsa seorang remaja yang melarikan sebuah kereta di Dungun kelmarin kini dilaporkan stabil selepas koma dua hari.
Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan itu koma selepas tercampak keluar dari kereta Nissan Grand Livina yang dilarikan remaja itu terlibat dalam kemalangan.
Menurut bapanya Abdul Pirhat Karim, 34, anak sulungnya itu telah sedar dan menunjukkan tanda positif serta boleh bernafas tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan petang Rabu.
Katanya anaknya juga sudah boleh dipindahkan ke wad rawatan kanak-kanak selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
"Alhamdulillah anak sudah beransur pulih dia juga sudah mula menunjukkan tanda positif dan memberi tindak balas, boleh menangis dan mengeluarkan suara," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun Abdul Pirhat berkata anaknya masih dipantau ekoran gegaran di di bahagian kepala akibat kemalangan itu manakala isterinya yang mengalami patah tulang rusuk juga semakin pulih dan masih dirawat di hospital sama.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata siasatan awal mendapati suspek bersama bapa saudaranya dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas mendapatkan rawatan tradisional di Perak.
Namun ketika berhenti di kawasan rehat itu suspek dipercayai bertindak agresif dengan membawa lari kereta mangsa.
"Motif sebenar kejadian belum diketahui namun keluarga suspek menjelaskan suspek memang jenis liar. Keluarganya juga menjelaskan suspek sudah berhenti sekolah sejak di tingkatan dua dan memang jenis tidak terurus," katanya.
Katanya hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif ujian dadah dan dia kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 Nov ini untuk siasatan lanjut.
Isnin lepas dua keluarga melalui detik cemas apabila remaja itu melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun.
Kejadian kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka koma.
Bernama
Wed Nov 06 2013


Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Hujan ribut, pokok tumbang, empat cedera, 10 rumah rosak di Ipoh
Menurutnya, kelima-lima mangsa berteduh di bawah garaj rumah kosong itu ketika hujan lebat dan angin kencang di sekitar Ipoh.

Nahas FRU: KPWKM teliti bantuan JKM yang akan disalur - Nancy
KPWKM sedang meneliti bantuan kewangan menerusi JKM yang akan disalur kepada waris sembilan anggota FRU yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampan.

Hubungan baik PKR, GRS perlu dijaga untuk hadapi PRN17 Sabah - Mustapha
Mustapha berkata, walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama BN pada PRN17, kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut.

Konsep Piala Dunia 2025 mirip Sukan Komanwel 2026 - PLBM
Malaysia menjadi negara pertama menguji penggunaan gelanggang mudah alih atau portable ring mengikut piawaian antarabangsa.

MITRA terus perkasa ekonomi masyarakat India melalui penganjuran MIIP
Program MIIP dilihat penting kerana menjadi satu-satunya platform bagi meningkatkan tahap celik pelaburan komuniti India.

RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat April - Akauntan Negara
Akauntan Negara Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Majlis Belia pentas anak muda bina bangsa MADANI
Majlis Belia perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk menerima dan mencari pandangan belia dari luar tembok organisasi MBWP.
APMM tumpas cubaan seludup 425kg minyak masak di Sandakan
Cubaan menyeludup keluar 425 kilogram minyak masak bersubsidi berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi di perairan Kampung Sundang Laut, Sandakan.
Sebuah vesel kargo kecil yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan ditemukan membawa 25 bungkusan plastik hitam berisi minyak masak tanpa permit.
Sebuah vesel kargo kecil yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan ditemukan membawa 25 bungkusan plastik hitam berisi minyak masak tanpa permit.
Polis tahan lelaki, rampas dadah bernilai RM1.6 juta
Polis berjaya menumpaskan rangkaian pengedaran dadah apabila seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia, Batu Pahat, Rabu lalu.
Serbuk disyaki ekstasi seberat 9.4 kilogram dan ketamin seberat 460 gram dirampas dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.6 juta.
Serbuk disyaki ekstasi seberat 9.4 kilogram dan ketamin seberat 460 gram dirampas dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.6 juta.

Bayi dibuang dalam sungai, hospital dan klinik swasta akan diperiksa
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.

Bayi mangsa dera masih hidup, akan dipindah ke wad biasa hari ini - Polis Melaka
Bayi lelaki berusia dua bulan yang disyaki menjadi mangsa dera menunjukkan perkembangan positif dan dijangka dipindahkan ke wad biasa.

Pengasuh taska mengaku tidak bersalah dera bayi
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 13 Jun depan.

Bayi kritikal akibat didera tunjuk perkembangan positif
Bayi terbabit sudah mula sedar dan minum susu menggunakan tiub sejak petang semalam, meskipun keadaannya masih lemah.

'Kini, babak baharu bermula' - Afifah Nasir umum hamil anak pertama
Netizen mendoakan kesihatan Afifah sehingga kelahiran anak sulungnya.

Polis sahkan tiada unsur jenayah kes bayi terjerut kain buaian
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan terhadap kejadian itu telah selesai dengan rakaman percakapan daripada lima individu.

Bayi baru lahir berbalut kain batik ditinggalkan depan tangga
Bayi yang dibalut dengan kain batik itu ditemui oleh seorang lelaki yang juga penghuni rumah tersebut.

Ibu buang bayi dalam tangki air kerana kerap menangis
Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan selepas disyaki membunuh bayi lelakinya yang berusia tiga bulan.

Bayi umur sebulan diselamatkan dari runtuhan Gaza
Sejak subuh bayi itu menangis dan sesekali terdiam sehingga pasukan penyelamat berjaya mengeluarkannya.

Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembalikan hukuman mati bekas pemandu lori
Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan hukuman mati seorang bekas pemandu lori kerana membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lepas.