awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan 10 bulan lebam disyaki didera pengasuh

Bernama
Bernama
13/08/2018
05:09 MYT
Bayi perempuan 10 bulan lebam disyaki didera pengasuh
Beliau, bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat kesan lebam pada pipi anaknya sebelum membawanya ke klinik swasta berhampiran pada keesokan hari.
Seorang bayi perempuan 10 bulan mengalami lebam pada bahagian pipi dipercayai didera pengasuh yang dikenali menerusi aplikasi WeChat pada hari pertama dijaga di sebuah rumah di Kuala Kedah, Sabtu lepas.
Ibu bayi itu, 31, yang juga seorang peniaga berkata beliau menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke rumah pengasuh pada 11 pagi sebelum pergi bekerja dan mengambilnya pada 9.30 malam.
"Waktu itu, pengasuh beritahu pipi anak digigit nyamuk sebelum dia menyapu losyen pada seluruh badan termasuk pipinya dan menyebabkan berlakunya alahan. Dalam keadaan gelap saya tidak syak apa-apa dan terus pulang ke rumah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Beliau, bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat kesan lebam pada pipi anaknya sebelum membawanya ke klinik swasta berhampiran pada keesokan hari.
"Saya bawa anak ke klinik pada 9.30 pagi dan doktor maklumkan kesan pada pipi anak bukan akibat alahan tetapi berkemungkinan didera kerana terdapat kesan lebam pada pipi kanan dan kiri.
"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Langgar sebelum membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut. Anak telah dimasukkan ke wad kanak-kanak, semalam dan pagi ini akan menjalani pemeriksaan x-ray," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan bahawa pengasuh berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira 4 petang semalam untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bongsu
#Ketua Polis Daerah Kota Setar
#Kuala Kedah
#lebam
#losyen
#Mohd Rozi Jidin
#pengasuh
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan