awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JBPM terima 3565 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 hingga 30 Januari
Kerajaan Negeri Sembilan tidak kompromi isu rasuah PBT - Aminuddin
AKPS rampas pelbagai jenis bahan makanan tidak ikrar di Bukit Kayu Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan maut digilis pacuan empat roda dipandu sepupu

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2023
05:50 MYT
Bayi perempuan maut digilis pacuan empat roda dipandu sepupu
Pemandu tidak menyedari mangsa berada di belakang kenderaan menyebabkan mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan itu. - Gambar hiasan
KEMAMAN: Seorang bayi perempuan maut digilis kenderaan pacuan empat roda (4x4) dipandu sepupunya dalam kejadian di kawasan rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh di sini malam tadi.
Insiden itu menyebabkan mangsa, Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang berusia setahun lima bulan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.30 malam pada hari berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan dipandu wanita berusia 19 tahun yang merupakan sepupunya.
"Kenderaan itu di parkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan itu untuk bergerak ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Dungun.
"Ketika itu, mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.
"Pemandu tidak menyedari mangsa berada di belakang kenderaan menyebabkan mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Hanyan memberitahu, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelas beliau.
Topic Berkaitan
#bayi maut
#dilanggar pacuan empat roda
#Kemaman
#dipandu sepupu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan