awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi sembilan bulan disahkan positif COVID-19, ini lima tumpuan sidang media KKM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/06/2020
10:37 MYT
Bayi sembilan bulan disahkan positif COVID-19, ini lima tumpuan sidang media KKM
Sementara itu, dalam sidang media hari ini juga, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan salah satu kes jangkitan luar negara adalah membabitkan bayi berusia sembilan bulan. - Gambar fail
Bermula minggu ini, sidang media perkembangan semasa COVID-19 di negara ini tidak lagi akan diadakan secara harian.
Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia akan berlangsung selama tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, dan Jumaat.
Sementara itu, dalam sidang media hari ini juga, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan salah satu kes jangkitan luar negara adalah membabitkan bayi berusia sembilan bulan.
Berikut lima tumpuan sidang media KKM pada Isnin:
1. 41 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,494 kes.
2. Tiga kes jangkitan luar negara yang pulang dari Singapura. Ia melibatkan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun; penyelia berumur 54 tahun; serta bayi perempuan berusia sembilan bulan.
3. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
4. Sidang media KKM berhubung situasi perkembangan semasa COVID-19 pandemik dijalankan selama tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.
5. Satu lagi kluster baharu membabitkan pusat jagaan warga emas Kuala Selangor dikesan, menjangkiti tiga individu, setakat ini.
Topic Berkaitan
#bayi
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#pandemik
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan