awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi setahun antara tiga maut kemalangan di Rompin

Bernama
Bernama
30/06/2019
01:48 MYT
Bayi setahun antara tiga maut kemalangan di Rompin
Kemalangan turut menyebabkan anggota keluarga Zainuddin, iaitu isteri dan anak perempuannya cedera di kepala, manakala anak tirinya yang berusia tujuh tahun selamat. - Gambar hiasan
Tiga termasuk seorang bayi berusia setahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer 124 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Zainal Omar Mahamud berkata pada kejadian 9.30 malam itu, pemandu kedua-dua kereta maut di tempat kejadian iaitu seorang anggota polis, Sarjan Zainuddin Bakar, 57, dan Bayam Ija, 53.
Manakala cucu Zainuddin, Mohd Aras Iskandar disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Rompin.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Hyundai Accent dipandu Zainuddin dari Kuantan ke Mersing, Johor terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta Proton Iswara dinaiki Bayam," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Zainal Omar berkata kemalangan turut menyebabkan anggota keluarga Zainuddin, iaitu isteri dan anak perempuannya cedera di kepala, manakala anak tirinya yang berusia tujuh tahun selamat.
Dua lagi rakan Bayam pula masing-masing cedera di kepala dan patah kaki.
Zainal Omar berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#cedera
#jenazah
#kemalangan
#kereta
#Kuantan
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#polis
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan