awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Ramadan: Catat butiran penghantar, elak isu keracunan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
15/04/2022
02:10 MYT
Bazar Ramadan: Catat butiran penghantar, elak isu keracunan
Dr Kasemani Embong (tengah) ketika membuat tinjuan di salah sebuah bazar Ramadan di Terengganu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu meminta pemilik premis yang menerima bahan jualan daripada pembekal yang lain merekodkan butiran penghantar.
Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, peniaga atau pemilik premis perlu mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon pembekal yang menghantar makanan untuk dijual sama ada di bazar, gerai dan sebagainya.
Beliau berkata seruan itu penting bagi melancarkan dan memudahkan pihak berkaitan untuk menghubungi mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti keracunan makanan.
"Sepatutnya memang setiap yang menghantar makanan untuk dijual di bazar, sepatutnya tuan kedai atau tuan premis mesti menandakan siapa dia dan alamat dia di mana dan apa nombor telefon supaya senang kita nak hubungi sekiranya berlaku apa-apa," katanya.
Justeru Dr kasemani turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli juadah yang dijual sepanjang Ramadan bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan.
Rabu lalu, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli ibunya di sebuah gerai di Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu.
Pada Ahad jabatan kesihatan negeri Terengganu akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan dua beradik berkenaan.
BACA: Keracunan makanan: Sampel puding buih dihantar ke makmal untuk siasatan
Dr Kasemani memaklumkan keputusan analisa itu akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.
Topic Berkaitan
#JKN
#Dr Kasemani Embong
#peniaga
#pemilik premis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan