KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan makanan Rabu lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata sampel tersebut akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.
"Sekiranya terbukti puding buih penyebab keracunan makanan itu, peniaga boleh diambil tindakan mengikut peraturan 39 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini
Semalam, media melaporkan dua beradik dari Kampung Seberang Tuan Chik di sini, telah mengalami cirit-birit dan muntah pada 4 pagi dipercayai selepas memakan puding buih yang dibeli oleh ibu mereka di sebuah gerai di Bukit Tumbuh pada 6 petang, Rabu lepas.
Kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka akan dibenarkan pulang hari ini.
Dalam pada itu Dr Kasemani menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati semasa membeli juadah sepanjang Ramadan bagi mengelak perkara seumpama itu berulang.
"Amalkan kaedah lihat, hidu dan rasa pada makanan sebelum ia dimakan terutama juadah yang menggunakan telur kerana telur yang tidak dimasak sempurna mempunyai risiko menyebabkan keracunan makanan kerana boleh mengandungi bakteria salmonella," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Dr Kasemani berkata sampel tersebut akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari. - Foto BERNAMA

Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi
Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal.

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

Kehadiran PM China ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkukuh kerjasama serantau
Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama

'Tak pernah draf surat letak jawatan, tak mahu bertanding hanya tohmahan' - Rafizi jawab Nurul Izzah
Rafizi berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan nombor dua parti itu sebagai tohmahan semata-mata.

NVIDIA, OpenAI jalin kerjasama dengan UAE untuk projek pusat data AI 'Stargate'
Inisiatif itu dianggap sebagai langkah penting dalam usaha kerjasama antarabangsa ke arah sistem AI generasi akan datang.

Kerajaan MADANI tidak terlibat inisiatif AI Skyvast - Teo
Teo berkata, kehadirannya pada majlis itu Isnin lepas hanya untuk menyokong usaha pembangunan teknologi dan inovasi tempatan.

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia perlu terajui perdagangan Intra-ASEAN
Peningkatan perdagangan antara negara anggota ASEAN mampu menjamin kestabilan bekalan dan rantaian ekonomi serantau dalam menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat.

Permohonan komital terhadap Ahmad Terrirudin pramatang, rayuan Najib masih berjalan - AGC
AGC memaklumkan dakwaan bahawa Ahmad Terrirudin telah mengelirukan Mahkamah Tinggi di sini adalah tidak berasas sama sekali.
AWANI Ringkas: TVET terus dapat sambutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sesi Pemukiman KEB jadi acara tahunan - Ahmad Zahid
Sesi Pemukiman Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) akan dijadikan acara tahunan bagi melonjak semula agenda pembangunan bumiputera secara kolektif, kata Ahmad Zahid.

Menteri Agama dirawat di Hospital Putrajaya, keadaan stabil
Sumber terdekat memaklumkan keadaan Mohd Na'im hari ini telah stabil dan dibenarkan keluar dari di unit rawatan rapi (ICU).

Nasi goreng tomyam disyaki punca 43 pelajar sekolah keracunan makanan
Nasi goreng tomyam disyaki menjadi punca 43 pelajar Sekolah Menengah San Min di Jalan Sungai Nibong di sini mengalami keracunan makanan bulan lepas.

21 sampel diambil, siasat kes 16 pelajar MRSM keracunan makanan
Premis makanan yang disyaki menjadi punca telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 18(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tiga daripada empat klinik di Johor terjejas banjir kembali beroperasi - Menteri
Empat klinik desa (KD) di Johor terjejas akibat banjir dengan tiga daripadanya telah kembali beroperasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.

34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.

22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.

Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran
Laporan berkaitan kejadian itu diterima oleh PKD Kota Bharu daripada klinik swasta dan hospital kerajaan yang merawat pesakit terbabit.

Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.