awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat

Bernama
Bernama
23/06/2022
02:01 MYT
Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat
Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas Taman Rambai Indah, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak. - Sumber foto Facebook/Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, Melaka
MELAKA: Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi menyebabkan air dari sungai dan parit melimpah ke rumah penduduk di kawasan rendah.
Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas Taman Rambai Indah, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak.
"Selain itu, kawasan lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.
"Bagaimanapun, setakat 8 pagi tiada pusat pemindahan dibuka," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamatkan enam sekeluarga termasuk seorang pesakit kanser yang terlantar sakit selepas rumah mereka di Jalan Bukit Senjuang dinaiki air.
Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dikerah di lokasi.
"Kesemua mangsa telah dibawa keluar dan ditempatkan di rumah jiran yang berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Melaka Tengah
#Angkatan Pertahanan Malaysia
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan