awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan di Raub dinaiki air akibat hujan berterusan

Bernama
Bernama
26/12/2020
21:38 MYT
Beberapa kawasan di Raub dinaiki air akibat hujan berterusan
Hujan lebat yang bermula kira-kira 6 petang itu menjejaskan Jalan Dato Abdullah, Taman Raub Jaya 3, Jalan Tras dan kawasan berhadapan TM Point selain mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Taman Melati. - Bernama
KUANTAN:Hujan lebat berterusan sejak lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Raub, kira-kira 198 kilometer dari sini, dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 6 petang itu menjejaskan Jalan Dato Abdullah, Taman Raub Jaya 3, Jalan Tras dan kawasan berhadapan TM Point selain mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Taman Melati.
"Selain stesen bas lama, kedai-kedai di kawasan berkenaan turut dimasuki air, bagaimanapun tiada sebarang pemindahan dilakukan.
"Jalan-jalan di kawasan berkenaan juga tidak ditutup buat masa ini malah hujan mulai reda sekitar 8.15 malam tadi dan kawasan yang dinaiki air mulai surut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Kama Azural berkata pihaknya akan meneruskan kerja-kerja pemantauan di lokasi yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raub
#Pahang
#banjir
#Hujan lebat berterusan
#Kama Azural Mohamed
#Jalan Dato Abdullah
#jalan taman melati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan