Beberapa menteri Kabinet dan barisan pemimpin, hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam video di laman sosialnya, menyeru umat Islam supaya sabar menerima ketetapan sambutan Aidilfitri dalam normal baharu dengan hati yang terbuka.
"Biarpun Syawal kali ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini ekoran penularan COVID-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, dalam suasana aman dan selamat.
"Saya faham ramai yang bersedih kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa, namun saya harap kita dapat bersabar menerima ketetapan ini dengan hati terbuka.
"Tetapi pada masa yang sama tidak bermakna kita tidak boleh eratkan ukhwah dan silaturrahim sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, tetapi menggunakan pendekatan normal baharu dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah di rumah, dan membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan sahabat di rumah," katanya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin pula, mengingatkan rakyat supaya elakkan pembaziran makanan dan mulakan budaya pengurusan sampah dan sisa makanan yang lebih mampan, selain menyesuaikan diri dengan normal baharu semasa dan pasca COVID-19.
"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 29 April, terdapat peningkatan sebanyak 33.4 peratus atau 447.88 tan sisa kitar semula yang dikutip melalui kempen pengasingan sisa pepejal di punca (SAS).
"Terdapat penurunan sebanyak 12.75 peratus sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan semasa PKP dikuatkuasakan berbanding sebelum PKP, dan amalan ini perlu diteruskan dan diharap membantu ke arah pemuliharaan alam sekitar dan kebersihan setempat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, yang dimuat naik dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441 H. Minal 'Aidin wal-Faizin. Maaf Zahir dan Batin. Jangan lupa untuk mengamalkan normal baharu. Terapkan amalan penjagaan diri dan teruskan jarakan sosial. Bersama-sama hentikan penularan wabak COVID-19," tulis Saifuddin yang turut memuat naik gambar beliau sekeluarga.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dalam video ucapan Hari Raya Aidilfitri, turut menasihati rakyat supaya patuh terhadap PKPB ketika pandemik COVID-19, sepanjang musim perayaan ini.
"Aidilfitri pada tahun ini tidak seperti biasa dapat ke sana sini melawat kawan-kawan dan ahli keluarga, namun beraya di rumah sudah memadai memandangkan keadaan penyakit ini (COVID-19), yang merebak di seluruh Malaysia.
"Kita sedar bahawa PKP adalah penting kita turuti kerana kalau tidak penyakit ini (COVID-19) akan merebak kepada lebih ramai... sebab itu walaupun kita kecewa raya tahun ini tidak macam dahulu, namun insya-Allah kalau dapat kurangkan penyakit ini sehingga berhenti, tahun depan kita mungkin dapat beraya seperti biasa," katanya.
Ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta isteri yang juga Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam perutusan bersama Aidilfitri, turut memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi dan membendung wabak COVID-19 di seluruh dunia.
"Dari para perawat hingga kepada pelayan-pelayan restoran, kedai-kedai runcit dan segala bidang lain yang terpenting, kami sangat terhutang budi pada kalian kerana terus merangkul masyarakat dalam mendepani kemelut ini," menurut perutusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 23 2020
Antara pemimpin yang mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Aidilfitri hari ini. -Facebook
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya